S- Siapa tahu keperitan sebuah senyuman, hadiah dari ibu bapa buat permata hati mereka. Ayah keluar bekerja mencari rezeki, mengerah keringat mencari sesuap rezeki untuk keluarganya. Ibu berpayah mengandungkannya 9 bulan 10 hari, menjaga dengan teliti, melahirkan kita ke dunia, menjaga dengan penuh kasih sayang, membesarkan dari sebesar tapak tangan sehingga sempurna kehidupan kita. Hadiahkanlah senyuman buat mereka kerana mereka tidak perrnah merungut sewaktu menjaga kita. Fahami erti senyumannya, anda pasti menangis mengenangkannya, alangkah mulianya ayah bonda tercinta, jasa yang kekal sepanjang usia.
E- Erti senyuman dari sahabat. Menjalin kemesraan dan merapatkan perhubungan. Kemana pergi selalu berteman. Menimba pengalaman dari sebuah kehidupan. Susah senang bersama, dan keakraban disulami kemesraan. Murah senyuman dan selalu kemana-mana. Berpisah sering terjadi, dan menjadi episod sedih dalam diri. Hadiah senyuman buat teman, tanda semangat dan keyakinan moga jumpa lagi.
N- Niat ikhlas dari hati, lahirkan sebuah senyuman buat guru tercinta. Bermula belajar membaca dan mengira, formula diajar bersama. Menjadi teman ke alam dewasa, memberi ilmu di dada. Umpama lilin membakar dirinya, umpama matahari gemilangnya cahaya. Menyampaikan pengetahuan dan harapan, menjadikan sebagai manusia berguna. Senyuman hadiah buatnya, sewaktu menerima keputusan peperiksaan cemerlang. Tanda terima kasih buatnya, atas budi dan jasa-jasanya.
Y- Yakin diri sendiri, hadapi dunia universiti menjadi realiti. Berbekal doa semangat yang tinggi, senyumlah kepada diri sendiri. Bukan kerana meninggi diri, tetapi sebagai inspirasi dan motivasi diri. Perpustakaan dan pensyarah rujukan kami, hadiahkan dengan senyuman seikhlas hati. Warnai alam pengajian dengan perencah dan resipi yang dicari, adunkannya dengan sekuntum senyuman pada akhirnya sebagai pelengkap, hadiah dari hati.
U- Usaha yang direncanakan, dari mimpi menjadi realiti. Menghidupkan suasana bersama teman-teman. Kuliah dan tutorial tempat yang dicari. Menuntut ilmu ialah pasti. Bergelak tawan dengan teman, tebarkan senyuman sebagai penyeri. Hari demi hari, berlalu dibiarkan pergi. Masa berenjak usia, mendewasakan diri. Dugaan hebat setiap hari, dihadapi dengan tenang dan alami. Saat tamat belajar di sini, mula rindu kenangan bersemi. Senyuman tak lekang tetap di hati.
M- Melangkah ke dunia bekerja, mencari teman dan sejati. Mencari sahabat yang dikenali, hadiah senyuman dari hati. Memulakan hari bekerja dengan senyuman seawal pagi, dan ceriakan diri. Pasti memikat bunga ditaman, yang jauh datang dekat kemari.
A- Alam perkahwinan mendekatkan diri, merpati dua sejoli tersenyum di pelamin. Raja sehari ditabal, menjadi pengantin yang serasi dan sehati. Bahagia datang mengunjung diri, membawa seribu satu kenangan pergi. Memulakan hari yang indah, sebagai suami isteri. Pastinya senyuman tak lekang, asyik datang tak pergi-pergi.
N- Niat melihat permata hati, gembira bukan main lagi. Segala persiapan sudah dibeli, tunggu baby aje tak keluar-keluar lagi. Patutnya bersabar, sebab baru 5 bulan mendapat khabar dari doktor. Senyum bukan main lagi, memanjang sampai ke pipi! Rezeki murah lagi, zuriat bakal menjadi pewaris suatu hari nanti. Sebuah senyuman sebagai hadiah cenderahati, buat keluarga sejati.
welcome to my blog. Selamat datang! Setiap orang mempunyai suara tersendiri, memikirkan bagaimana mahu dikongsi. Idea yang dicurahkan, datangnya dari hati, buat pedoman di kemudian hari. Marilah kita berdendang dan bersama hayati, suka duka yang silih berganti, agar kita manfaatkan yang segala isi, hadiah dari hati... Sesiapa sahaja digalakkan untuk memberi komen selepas membaca suara dari hati kecil ini, walau kecil dan jauh di lubuk sana, tapi besar kemahuannya.
Sunday, April 5, 2009
Cerita Sekuntum Senyuman
Suatu pagi, anda bergerak ke tempat kerja. Setibanya di pejabat, anda terserempak dengan bos, dan seperti biasa anda akan menyapanya. Tetapi hari itu anda membatalkan sahaja niat itu, melihat mukanya yang serius dan marah-marah, anda tentunya tidak mahu menambahkan kemarahannya. Siapa sangka pagi anda yang cerah, bertukar menjadi mimpi ngeri!
Pada hari yang lain pula, anda rasa malas sangat hendak ke pejabat. Terpaksa bangun awal pagi, berhadapan dengan kesesakan jalan raya, terlupa bersarapan, dan tentunya mendorong rasa malas. Bos pula meminta anda berjumpa klien pada pagi itu! Mood pada pagi itu terasa kurang senang, berharap hari berlalu dengan pantas. Semasa anda mengomel, anda terserempak dengan seseorang gadis, pada pandangan anda cantik dan memikat hati! Kebetulan anda terpandang mukanya dan anda dihadiahkan dengan sekuntum senyuman! Manis dan ayu… apa pandangan anda? Tentu sahaja teringat wajahnya serta senyuman manis itu. Pagi itu dirasakan bersemangat, mood anda berubah menjadi ceria, dan anda mula merasa seronok!
Dua cerita di atas boleh berlaku kepada kita, persekitaran boleh mengubah diri kita. Diri yang positif akan mengikut arus semasa. Jika kita berada dalam suasana yang sedih dan muram, ia juga akan hinggap kepada kita. Jika kita bersedih tetapi suasana di sekeliling gembira, anda pasti berubah menjadi gembira. Rahsia sebuah senyuman terletak pada hati. Senyuman bersinar dengan cahaya, mempengaruhi kebahagiaan orang lain. Senyuman takkan luput dari ingatan. Perpisahan seorang teman pasti diiringi tangisan. Senyuman yang dihadiahkan tatkala berjauhan pasti diingati. Biarpun bertahun tidak bersua, tetapi kita akan mengingati kenangan manis bersamanya. Oleh itu, semaikanlah benih senyuman. Senyuman tidak menagih wang, tetapi cukuplah untuk dihargai.

Rahsia di Sebalik Senyuman
Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan ebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormone ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

Mengapa Senyum?
Bagaimana hari ini, anda sibuk? Tiada masa untuk membalas senyuman? Atau terlalu khusyuk menekan papan kekunci komputer untuk menyiapkan tugasan? Walau sesibuk mana kita sekalipun, jangan dilupakan keadaan diri kita. Jarang-jarang sekali, cubalah tengok muka di cermin. Apa yang ada pada muka anda? Bagi kaum Hawa, tampak kening bagai semut beratur, mata yang cantik, hidung mancung bagai seludang, mulut merah merekah delima… sungguh cantik di pandang!
Bagi lelaki terdapat aksessori tambahan seperti berjambang dan berkumis menambahkan kemacho-an. Hensem gitu! Rata-rata, mempunyai wajah yang hampir sama tapi tak serupa. Karekter setiap orang tak sama. Menariknya, senyuman seindah suria, dibalas dengan senyuman hangat yang sama. Mengapa? Hati yang gundah bertukar ceria, mood boleh menjadi bertambah baik dan menyenangkan. Mengapa?
Jawapannya mudah sahaja. Sifir kehidupan, kebaikan yang diberikan akan dibalas dengan kebaikan. Anda melempar batu, buah yang dibalasnya. Mengapa kita tersenyum bukanlah satu persoalan yang perlu ditanya berulangkali, tetapi memahami erti senyuman adalah perkara penting. Senyum itu satu lumrah, ia menjadi penghubung kasih dan jambatan sayang. Hari yang dimulakan indah dengan senyuman. Hari yang suram dicerahkan oleh sebuah senyuman. Jadi, teruskan tersenyum kerana senyumanmu berharga…

Friday, April 3, 2009
TERIMA KASIH SENYUMAN!
Anda gembira, jadi anda tersenyum! Anda riang, jadi anda senyum! Anda bergelak ketawa dengan teman-teman, anda pasti tersenyum! Pasti manis senyuman tidak lekang dari raut wajah seseorang yang tenang. Agak-agaknya, berapa kalikah anda senyum dalam masa satu hari? Sekali, sepuluh kali, lima belas kali, 20 kali, atau berkali-kali sampai anda pun tidak tahu jumlah senyuman anda? Sekarang ini andaikan satu senyuman yang anda lemparkan bernilai 1 mata ganjaran real rewards! Purata sehari, paling minimum anda senyum sepuluh kali. Jika didarabkan dengan setahun iaitu 365 hari, anda telah pun mengumpul 3650 mata ganjaran! Bayangkan setiap hari adalah kehidupan bahagia anda. Bermula dari bangun tidur diwaktu pagi sehingga anda tidur pada malamnya, purata anda tersenyum sebanyak 2oo kali. Pemurah katakan! Jika setahun tersenyum, anda akan mendapat 73000 mata ganjaran real rewards! Bayangkan jumlah senyuman yang anda hasilkan. Hebat bukan?
Senyumlah, tidak kisah walau 24 jam anda tersenyum, sekalipun anda tidur sambil tersenyum, ketahuilah bahawa senyum itu pengubat jiwa. Senyuman terjadi bila kita bersua dengan seseorang. Darjah senyuman akan meningkat mengikut tahap intimasi. Semakin rapat perhubungan, maka semakin hangat sebuah senyuman. Senyuman yang ikhlas memberi kesan kepada hati orang yang menerimanya. Bayangan senyuman takkan pudar walaupun kelibatnya tidak kelihatan, namun bayangannya tetap diingati. Berbeza pula, senyuman sewaktu hati berdukacita, maka senyuman yang dihadiahkan terasa hambar dan lesu. Senyuman memainkan peranan penting dalam kehidupan. Ia merupakan bahasa badan yang boleh difahami. Senyuman dan lirikan mata memainkan peranan besar, kombinasi ekspresi muka ini boleh ditafsir maknanya walaupun tanpa diungkapkan dengan kata-kata. Tenang dari hati, dizahirkan melalui sekuntum senyuman. Mungkin pernah anda mendengar pantun ini,
Dari mana punai melayang,
Dari laut turun ke jeti,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mulut turun ke hati.
Mesej senyuman boleh menambat hati seseorang takkala melihatnya. Ia melambangkan budi dan pekerti pemiliknya, tentu tidak salah dikatakan sebegini;kerana budi aku jatuh hati. Hebatkan? Jadi, senyumlah! Jangan malu untuk senyum, kerana ia lambang jiwa, penarik hati. Siapa sangka, cinta pandang pertama bermula kerana senyuman dan berlangsung ke jinjang pelamin.

MELIHAT DUNIA DARI PERSPEKTIF SENYUMAN
Senyumlah anda ketika gembira. Ketika mendapat pujian di atas kejayaan, sewaktu mendapat berita bakal menjadi ayah kepada cahaya mata, dinaikkan pangkat diatas komitmen dan iltizam, sewaktu meraih kejayaan dalam peperiksaan, dan apa jua sekalipun. Senyumlah ketika anda berduka. Di saat tangisan diiringi air mata, di saat hati dirundung masalah, di saat diri ditimpa musibah, sewaktu gagal mendapat apa-apa yang diidamkan… saat itu, cubalah anda bertenang. Masalah tetap akan datang, membawa kesedihan yang melemahkan semangat. Pesan seorang guru, anda patut mengenangkan kesedihan anda, tapi berpada-pada. Hidup ibarat roda yang berputar, adakalanya kita diatas dan adakalanya kita di bawah. Dugaan ada pasang surutnya, datangnya seperti ribut dan pergi seperti semut. Tetapi pokoknya, bagaimana kita merawati hati yang duka dan lara. Saat itu, kenangilah perkara manis yang pernah dilalui. Carilah penawar dengan senyuman kerana rahsianya di situ. Senyuman tidak mengira tempat. Anda bebas melemparkan senyuman kepada sesiapa sahaja asalkan kena pada tempatnya. Tidak munasabah untuk senyum kepada lembu di padang, mahupun kepada dinding yang utuh binaannya.
Senyumlah kepada dunia, biarkan dunia menerima mesej mulia anda. Senyuman mampu menghilangkan perasaan gugup dan hati yang gemuruh. Personaliti seseorang dinilai melalui riak wajah. Senyuman seorang bos memberi keyakinan kepada pekerja dalam menjalankan tugas, tetapi herdikan, cacian dan kemarahan mengundang perasaan tidak senang malah mempengaruhi prestasi bekerja. Senyuman guru kepada muridnya meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dengan rajin. Jadi, antara senyuman dan bermasam muka, mana pilihan anda? Senyuman tidah ada caj bayaran, mahupun caj tersembunyi. Orang yang tersenyum tidak rugi, penerimanya juga tiada apa-apa. Dimana anda hendak melemparkan senyuman, terpulang. Tepuk dada tanya iman di hati..

Thursday, April 2, 2009
SENYUMAN MILIK SIAPA?
Bagaimana anda menikmati hari anda? Bosan dan lesu… sekiranya itu pendapat anda, maka saya sarankan anda bertukar! Sebagaimana watak manusia biasa bertukar menjadi superman, flashman, dan ultraman.. Jadikan diri biasa sebagai luar biasa! Bayangkan setiap hari, kita bangun dari tidur dan dipeluk oleh suami, anak-anak memberikan ciuman selamat pagi, suami memuji sarapan yang disediakan, dan sebelum pergi dihadiahkan lagi dengan ciuman sebelum ke tempat kerja! Bagi seorang isteri alangkah bahagianya hidup. Sepanjang hari di rumah, pasti ditemani senyuman. Apakah perasaan yang wujud? Jawapannya ceria dan bahagia!
Mulakan hari indah anda dengan senyuman. Ucapkan selamat pagi kepada orang terdekat, suami atau isteri dan anak-anak. Jangan lupa, serikan ia dengan senyuman. Pastinya suami atau anak-anak hairan dengan perubahan yang berlaku,
“ Ai pelik betul darlingku pagi nie, demam ke?”,
“ Semalam ibu marah-marah, tiba-tiba baik pulak ibu pagi nie. Ada apa-apa ke?”.
Senyuman tidak terbatas kepada individu tertentu, malah terpulang kepada pemiliknya. Senyuman itu satu sedekah yang baik. Ianya tidak boleh dipaksa, lahirnya dari hati yang ikhlas dan dirasai oleh sesiapa yang memandangnya. Senyuman tidak ada syarat yang khusus. Tidak perlu menghadiri kursus tertentu untuk melayakkan mendapat sijil untuk senyum, tiada harga dikenakan sekiranya kita tersenyum. Senyuman kepada ibu bapa mampu membangkitkan kecintaan yang mendalam, senyuman kepada jiran mampu mengeratkan silaturrahim, senyuman di tempat kerja mempu melapangkan diri, senyuman kepada diri sendiri memberikan kepuasan yang tidah berbelah bahagi, dan senyuman kepada kekasih manjadi pengikat hubungan.
Asalkan bahagia, sampaikan senyuman anda kepada dunia. Hidup ini indah. Ada orang berkata, nikmati kehidupan ini sebagaimana menikmati aiskrim, nikmati sebelum ia cair. Anda bagaimana?

SENYUMAN
Senyuman adalah anugerah yang paling bermakna dalam kehidupan. Hidup terasa kosong tanpa secebis senyuman, dunia tidak seindah seperti yang disangka. Siapa sangka sekuntum senyuman itu mampu memberikan seribu satu kekuatan kepada seseorang. Senyuman itu lahir dari jiwa yang tulus suci, ditambah dengan minda dan fikiran yang berusaha mencari ketenangan dan dizahirkan melalui ekspresi wajah. Bibir yang menguntum senyum pastinya mampu menjadi daya tarikan kepada sesiapa yang memandangnya. Siapa sangka tatkala anda kurang bermaya dan tidak ceria, tetapi sekuntum senyuman mampu menghidupkan kembali hari-hari ceria anda. Kehidupan kadangkala penuh dengan dugaan. Kesibukan yang dilalui setiap hari kadangkala menyesakkan diri kita, lantas menyebabkan kita tertekan. Waktu itu, masalah yang datang membantutkan rasional kita. Tetapi, sekuntum senyuman mampu menjadi penyelamat! Tak percaya? Senyuman mampu mencairkan masalah yang dihadapi kerana melambangkan ketenangan seseorang. Ramai orang takut memikirkan masalah yang dihadapi dan berharap masalah itu akan berlalu pergi. Sebenarnya, masalah bukan untuk dihindari tetapi untuk diselesaikan misterinya.
Senyuman adalah penawar duka. Tatkala hati gundah gulana, kita akan dilanda kesedihan. Kehidupan terasa kosong dan sepi. Jangan bimbang… hati yang sedih boleh diubati. Rawatlah ia. Senyuman boleh menjadi penawar mujarab. Sekalipun tidak mampu tersenyum, lihatlah senyuman yang terpancar di wajah orang lain. Kegembiraan dan senyuman itu boleh merangsang kita gembira. Kerana orang lain tersenyum maka kita juga boleh tersenyum? Percayalah… hayatilah lirik lagu ini, mungkin boleh mengubah persepsi anda tentang dunia anda. Hayatilah…
Senyum seindah suria,
Yang membawa cahaya,
Senyumlah dari hati,
duniamu berseri.
Senyum umpama titian dalam kehidupan,
Kau tersenyum ku tersenyum,
Kemesraan menguntum.
Senyum…kepada semua,
Senyumanmu amatlah berharga,
Senyum…membahagiakan,
Dengan senyuman terjalinlah ikatan.

Subscribe to:
Comments (Atom)