Tuesday, March 17, 2009

Kepentingan Penggunaan Peta Minda.

Pelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai di zaman yang serba maju ini.
Kaedah menghafal memerlukan konsentrasi yang tinggi dan pembacaan yang berulang kali supaya ia sentiasa diingati. Namun, bagi kaedah peta minda, seseorang pelajar perlu mengingati perkataan penting sahaja. Penggunaan warna dan perkataan penting membantu pelajar mengingati sesuatu perkara dengan mudah. Secara logiknya, mata merupakan pancaindera yang amat penting. Sebagai contoh, mata yang berfungsi untuk penglihatan akan merangsang tindakan seseorang itu apabila ianya melihat sesuatu yang dapat memberi sesuatu makna kepada dirinya. Seorang kanak-kanak yang masih kecil dan belum mengenal huruf dapat memahami sesuatu keadaan melalui penglihatan dan pemerhatian. Objek yang dilihat melalui mata akan menghasilkan sesuatu mesej melalui interpretasi yang dibuat di bahagian otak. Mesej yang dihasilkan akan menjadi mudah dan jelas sekiranya kita dapat merangsangkan pancaindera yang ada pada seseorang individu itu dengan cepat.
Oleh itu dalam proses pembelajaran, seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala maklumat pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Beberapa elemen yang dapat merangsangkan fungsi otak dan memudahkan pemahaman kita adalah seperti berikut:-
Teks. Penggunaan teks yang ringkas dan mudah difahami serta saiznya yang tidak begitu kecil dapat mengelakkan mata berasa letih serta seterusnya mengelakkan diri seseorang itu berasa bosan untuk membacanya.
Grafik. Bahan grafik seperti garisan anak panah, segi empat dan bulatan dapat digunakan untuk membentuk jaringan bagi memudahkan pemahaman bagi satu-satu topik.
Gambar. Dalam hal ini penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna.
Dalam melakar peta minda atau pengurusan grafik, beberapa langkah perlu dibuat agar ianya dilakukan secara sistematik:-
Memahami isi petikan. Sekiranya sesuatu lakaran peta minda itu hendak dilakukan berdasarkan daripada bahan bacaan, maka bahan bacaan itu perlulah dibaca dan difahami secara keseluruhan terlebih dahulu.
Mengenalpasti isi dan huraian yang berkaitan. Ianya dapat dilakukan dengan cara menggaris isi-isi serta huraian-huraian yang dianggap ada kaitan dan relevan dengan topik bahan bacaan tersebut.
Melukis gambar. Gambar merupakan salah satu media yang dapat memberi rangsangan yang begitu cepat daripada teks. Gambar juga dapat memberi pelbagai interpretasi yang dapat mencetuskan pemikiran yang lebih kritis dan kreatif.
Proses membuat peta minda dapat memberi faedah maksimum kepada pelajar. Namun selain dari aspek luaran, secara tidak langsung:-
Menggalakkan latihan dalam pasukan. Peta minda dapat dilakukan melalui satu pasukan. Ini dapat menggalakkan pelajar-pelajar belajar secara kaloboratif dan koperatif.
Merangsang pembentukan idea. Lakaran yang dibuat yang merangkumi tulisan, grafik dan gambar dapat menambahkan lagi kreativiti seseorang individu ke arah pencetusan idea.
Melatih perkembangan potensi. Lakaran grafik dan gambar dapat memperkembangkan potensi kemahiran motor yang ada pada pelajar-pelajar. Kemahiran menganalisis. Setiap fakta yang dibaca terlebih dahulu perlu di analisis dan kemudian menyusunkannya untuk membentuk satu lakaran. Latihan ini seumpama ini adalah amat diperlukan ke arah pembentukan sikap yang analitikal.

Pengenalan Kepada Peta Minda.

Peta minda ialah gambar rajah yang mempersembahkan sesuatu idea, perkataan, hal-hal yang berkaitan dan bersambung serta diwakili oleh kata kunci yang penting sahaja. Peta minda telah dicipta pada 1960-an oleh Tony Buzan sebagai kaedah untuk membantu pelajar mencatat maklumat. Kini penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran mengorganisasi maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur. Kaedah peta minda ini menggunakan kedua-dua belah otak dan dengan cara ini, dapat meningkatkan lagi produktiviti dan ingatan memori. Ia merupakan teknik visual yang memperkembangkan dan menghubungkaitkan satu idea dengan satu idea yang lain. Peta minda bukan sahaja digunakan untuk digunakan dalam bidang pembelajaran, malah turut digunakan dalam bidang korporat sebagai strategi perniagaan.
Peta minda mempunyai banyak kelebihan dan kegunaannya. Biasanya ia digunakan untuk menulis nota yang disampaikan secara lisan dan terlalu panjang. Pelajar tidak perlu untuk menggunakan kaedah menghafal kerana kesukaran mengingati semua perkara dalam masa yang singkat. Sebaliknya, dalam kaedah peta minda, hanya maklumat penting sahaja dicatat. Tujuannya ialah untuk menjimatkan masa. Selain itu, peta minda juga digunakan untuk pemerolehan maklumat yang sedia ada. Untuk memudahkan pemahaman, seseorang individu perlu menyenaraikan kata kunci sahaja. Selain itu juga, peta minda mampu menyelesaikan masalah secara tersusun. Setiap idea dikembangkan dan diwakili dengan kata kunci yang sesuai. Sesuatu idea tidak perlu dipersembahkan dalam bentuk karangan, memadai dicatatkan dengan perkataan yang penting sahaja. Penggunan peta minda mampu menjimatkan masa kerana perlu menekankan perkara yang penting sahaja.
Peta minda membantu seseorang memahami idea dengan jelas. Berbanding menggunakan kaedah menulis karangan, ia perlu dibaca keseluruhan isi kandungan sebelum diringkaskan dalam bentuk yang mudah. Juga, peta minda boleh digunakan untuk meningkatkan kreativiti seseorang. Untuk menghasilkan peta minda yang baik, peralatan seperti pensel warna memainkan peranan yang penting kerana membantu mengingati maklumat dengan lebih mudah.warna-warna yang digunakan mampu menarik perhatian dan sekaligus membantu pelajar untuk mengingati maklumat dengan cepat dan berkesan.

Saturday, March 14, 2009

Today is Friday

My friends sigh. Still don’t know what to do. What time is now?
“Pardon me?”
“What time is now?”
Oh, I look at my hand try to figure out the time. “its bout 9.00 pm”. Hehe
He looks to me. A pair of piggy eyes and a smile from him, but he still not satisfied with my answer. “How can you guess now is 9 pm? You don’t bring a watch, hahaha. Even the sky is black. Without present moon or stars, how can you predict? Hey, joking with me right?”
Everybody starts to make noisy. The VIP still not comes yet, so... This time to show! Then our leader starts to sing. Oh, nice song! I like it… Can we dance?
No, sing only gentlemen.
After a while... he is mumbling again! “I’m hungry. What time is now?”
“Hmm, about 9.15 pm. Hehe…”
“What? You trick me again, right?”
“No, I said right to you! All things you need to do are believe with me.”Why I need cheat to you? What are you mumbling about?”
“Oh, I felt hungry. Still don’t eat before come here. If I not eat, I might feel tired and don’t have enough energy to walk. “
“Hey man, don’t worry much about it. Even if you don’t eat yet, actually it’s your appetite. You always had dinner when night. Even without food, we still can survive because we have storage energy in our body. When food is out, our body can utilize the fat or glycogen to convert into glucose. From glucose, we can obtain glucose which is our primary energy. Do you believe in me?”replied me with long scientific explanation.
“Nope!”
“Why no? Everything I tell is really true. Biologist also state that!”
“You lie about the time. How can you tell me time right now? You didn’t bring watch.”
“Oh, poor you! Okay, now I will tell my most superior trick to you. Actually, my secret is… the big watch in the middle of building right there. Can you see it? Hahaha…”
“Hah, why didn’t you tell earlier?! You almost waste my time! However, thank for helping me. Now I really believe in you, and smile to him self!”
“Huh! I’m getting hungry too. Let go out after finish this marching! Ok, set! Let’s go now (he joke to me back then!)”

Katak oh Katak!

Seekor katak terjatuh ke dalam kolam. Katak pun tak kisah kerana air ialah dunianya juga, lagipun ia boleh bernafas menggunakan kulit ketika dalam air, di darat pula menggunakan paru-paru. Hahaha! Ketawa katak sekuat-kuatnya. Katak itu menyelam puas-puas seolah-olah tidak pernah jumpa air. Selepas puas berenang, lalu ia melompat naik ke atas daun teratai. Sampai menjemur di bawah sinaran matahari, ia memikirkan cita-citanya di masa depan. Bosan juga berenang seko-sekor ni! Kalau ada teman, bagus juga..dia berkhayal lagi dan membayangkan tempat itu hanya berdua sahaja. Katak mengekek-nengek gembira! Kini dia bahagia dengan dunia angan-angannya itu.
Tanpa disedari dirinya menjadi perhatian pemangsa, si ular. Si ular kebetulan belum makan semenjak 2 hari lepas. Sedng ia mencari mangsa untuk dimakan, si ular terdengar katak menjerit-jerit. Apa lagi, dengan sepantas kilat ia kea rah tersebut dan akhirnya ternampak si katak yang menyanyi di atas teratai di tengah kolam! Si ular menunggu dengan sabar di pinggir. Nak berenang tak pandai sebab si ular ni bukan spesies pandai berenang. Silap haribulan, mati berkubur dalam kolam ni! Takpe, kalau dapat nanti, ditelannya hidup-hidup. Hehehe…
Kelaparan ular memaksanya berguling-guling untuk menahan asid perut melimpah keluar! Inilah nasib si ular tak makan mengikut masa yang betul, kesal ular. Bagi mengelakkan dari pandangan katak, si ular lari ke tempat lapang dan berlingkar-lingkar sambil menahan lapar! Aduhh…
Tanpa disedari, si helang sedang melakukan tinjauan udara. Si helang pun sudah tiga hari tak makan. Menu terakhirnya ialah tikus yang sesat dalam sawah. Kebetulan si helang bertenggek sambil mengorat helang betina dan akhirnya gagal, si tikus menjadi mangsa kemarahan si helang. Hehe.. kembali kepada tinjauan udara, si helang nampak mangsanya tengah bergerak-gerak!ular makanan helang, itu lumrah alam, bisik hati kecilnya. Apa lagi, helang menjunam bagaikan pesawat dan mencengkam ular tersebut! Si ular pun terkejut beruk, dan menggelupur kesakitan namun sia-sia sahaja. Sewaktu di udara, si ular telah pengsan. Fikirnya, ia sudah mati kerana badannya ringan semacam aje.
Lain cerita pulak dengan helang. Memikirkan mangsanya yang menggelupur, mungkin ia termakan racun. Kalau dia makan ular, maknanya ia sanggup makan racun. Si helang mula dilanda was-was. Tak sanggup ia buang kehidupannya ini. Lagipun, ular bukan seekor, helang bukannya seekor juga. Tanpa berfikir panjang, dia melepaskan ular dan kembali terbang ke udara. Si ular pula kebetulan jatuh ke dalam kolam, dan betul-betul jatuh ke atas katak. Katak memang bernasib malang. Si katak turut pengsan kerana ditindih oleh ular. Akhirnya, tamatlah riwayay kedua-dua ekor binatang yang malang ini.
Moral: jangan berniat jahat macam ular ni.
Jangan kita asyik lalai dan membuang masa macam katak ni.
Berangan-angan tidak salah tetapi perlu ada hadnya.

Friday, March 13, 2009

Cerita Dari Menara Gading

Pengalaman semasa belajar di university sangat mudah dan seronok, serta penuh dengan warna-warni. Pada awal semester, perlu mendaftar pengajian dan memilih kursus yang diminati. Kemudian pensyarah akan memberikan tugasan yang perlu dihantar sepanjang semester pengajian. Pada waktu itu, semangat juang untuk belajar jangan cerita! Berkobar-kobar. Pelajar akan menyibuk-nyibukkan diri mereka dengan mencari buku di perpustakaan, membeli buku rujukan di kedai buku, mencari dan menubuhkan kumpulan perbincangan, mencari mentor dan mentee, serta membeli segala peralatan yang diperlukan sepanjang pengajian, sama ada kegunaan peribadi ataupun untuk tugasan kerja kursus.
Ini adalah permulaan hidup pada awal semester. Kehidupan sebagai pelajar seperti biasa, pergi kuliah dan tutorial. Pelajar bebas untuk bergerak dalam universiti. Bagi mereka yang berkemampuan, kereta dan motosikal menjadi pilihan untuk memudahkan perjalanan ke sesuatu tempat. Bagi mereka yang sederhana, mereka menggunakan basikal untuk ke kuliah , secara tidak langsung mereka bersenam berbasikal untuk ke kelas, keluar juga la peluh di waktu pagi! Juga, kemudahan bas komuter turut disediakan untuk memudahkan pergerakan pelajar ke dewan kuliah. Bas hanya singgah 5 minit sekali mampu membawa pelajar ke destinasi dalam universiti dengan cepat. Perkhidmatan bas amat efektif kerana bermula seawal jam 6.45 pagi dan berakhir jam 10.00 malam.
Ada juga yang berjalan kaki untuk ke kuliah, kerana tempat penginapan dekat sahaja. Hendak naik motor pun serba salah. Lagipun , berjalan juga merupakan alah satu gaya bersenam yang digemari ramai. Di samping dapat menyihatkan badan dan menyaksikan panorama alam yang indah ini, kadangkala pandangan itu jatuh kepada si gadis yang berjalan kaki untuk ke kuliah. Tidak dinafikan, itu pun merupakan satu kelebihan bagi mereka yang berjalan kaki! Tuah badan katakan…
Begitulah kehidupan yang berlalu serba pantas. Bercakap mengenai gaya pemakaian pula, terdapat pelbagai fesyen dan gaya unik untuk ke kuliah. Bagi lelaki, ada yang berpakaian formal seperti kemeja, batik, seluar slack hitam, dan berkasut. Ada juga yang memakai pakaian kasual, dan berkasut untuk ke kuliah. Tidak kurang juga yang memakai t-shirt serta seluar beragam. Kebanyakan mereka tampil dengan gaya masing-masing dan ia terpulang pada kesesuaian diri dan tempat. Bagi kebanyakan gadis dan perawan, adakalanya mereka tampil dengan berbaju kurung dan bertudung litup. Tentu sahaja manis dan indah dipandang pada mata kaum Adam. Ada juga yang mengenakan jean dan t-shirt dan ada juga yang mengenakan gaya santai. Kaum Hawa ini juga bijak memperagakan personaliti masing-masing kerana mereka sudah pun melangkah ke alam dewasa, tentu sahaja perlu pandai membawa diri dan menjaga diri.
Begitulah sedikit sebanyak cerita tentang kehidupan pelajar di menara gading. Lain padang lain belalangnya. Mungkin gaya penampilan dan gaya hidup pelajar tidak sama antara universiti-universiti yang lain. Walau apapun, tidak dinafikan persamaannnya iaitu, pelajar universiti merupakan mereka yang telah bersedia untuk disematkan pangkat DEWASA sebagai tiket untuk mereka menjadi betul-betul dewasa. Itulah realitinya..

Cerita Dari Menara Gading

Pengalaman semasa belajar di university sangat mudah dan seronok, serta penuh dengan warna-warni. Pada awal semester, perlu mendaftar pengajian dan memilih kursus yang diminati. Kemudian pensyarah akan memberikan tugasan yang perlu dihantar sepanjang semester pengajian. Pada waktu itu, semangat juang untuk belajar jangan cerita! Berkobar-kobar. Pelajar akan menyibuk-nyibukkan diri mereka dengan mencari buku di perpustakaan, membeli buku rujukan di kedai buku, mencari dan menubuhkan kumpulan perbincangan, mencari mentor dan mentee, serta membeli segala peralatan yang diperlukan sepanjang pengajian, sama ada kegunaan peribadi ataupun untuk tugasan kerja kursus.
Ini adalah permulaan hidup pada awal semester. Kehidupan sebagai pelajar seperti biasa, pergi kuliah dan tutorial. Pelajar bebas untuk bergerak dalam universiti. Bagi mereka yang berkemampuan, kereta dan motosikal menjadi pilihan untuk memudahkan perjalanan ke sesuatu tempat. Bagi mereka yang sederhana, mereka menggunakan basikal untuk ke kuliah , secara tidak langsung mereka bersenam berbasikal untuk ke kelas, keluar juga la peluh di waktu pagi! Juga, kemudahan bas komuter turut disediakan untuk memudahkan pergerakan pelajar ke dewan kuliah. Bas hanya singgah 5 minit sekali mampu membawa pelajar ke destinasi dalam universiti dengan cepat. Perkhidmatan bas amat efektif kerana bermula seawal jam 6.45 pagi dan berakhir jam 10.00 malam.
Ada juga yang berjalan kaki untuk ke kuliah, kerana tempat penginapan dekat sahaja. Hendak naik motor pun serba salah. Lagipun , berjalan juga merupakan alah satu gaya bersenam yang digemari ramai. Di samping dapat menyihatkan badan dan menyaksikan panorama alam yang indah ini, kadangkala pandangan itu jatuh kepada si gadis yang berjalan kaki untuk ke kuliah. Tidak dinafikan, itu pun merupakan satu kelebihan bagi mereka yang berjalan kaki! Tuah badan katakan…
Begitulah kehidupan yang berlalu serba pantas. Bercakap mengenai gaya pemakaian pula, terdapat pelbagai fesyen dan gaya unik untuk ke kuliah. Bagi lelaki, ada yang berpakaian formal seperti kemeja, batik, seluar slack hitam, dan berkasut. Ada juga yang memakai pakaian kasual, dan berkasut untuk ke kuliah. Tidak kurang juga yang memakai t-shirt serta seluar beragam. Kebanyakan mereka tampil dengan gaya masing-masing dan ia terpulang pada kesesuaian diri dan tempat. Bagi kebanyakan gadis dan perawan, adakalanya mereka tampil dengan berbaju kurung dan bertudung litup. Tentu sahaja manis dan indah dipandang pada mata kaum Adam. Ada juga yang mengenakan jean dan t-shirt dan ada juga yang mengenakan gaya santai. Kaum Hawa ini juga bijak memperagakan personaliti masing-masing kerana mereka sudah pun melangkah ke alam dewasa, tentu sahaja perlu pandai membawa diri dan menjaga diri.
Begitulah sedikit sebanyak cerita tentang kehidupan pelajar di menara gading. Lain padang lain belalangnya. Mungkin gaya penampilan dan gaya hidup pelajar tidak sama antara universiti-universiti yang lain. Walau apapun, tidak dinafikan persamaannnya iaitu, pelajar universiti merupakan mereka yang telah bersedia untuk disematkan pangkat DEWASA sebagai tiket untuk mereka menjadi betul-betul dewasa. Itulah realitinya..

Kehidupan Seharian Bermula..

Kehidupan seharian kadangkala mudah dan kadangkala membawa pelbagai persoalan dalam kehidupan. Setiap hari kita akan berkomunikasi secara langsung mahupan secara tidak langsung. Adakalanya, kita berbicara dengan rakan sebilik, jiran sebelah bilik,kenalan yang lain, mahupun insan-insan di luar sana yang kita temui ramai di luar sana.
Waktu pagi amat sibuk dengan tugas seharian. Bagi seorang ibu, beliau perlu mengejutkan suami dan anak-anak untuk ke sekolah, memasak sarapan, dan membantu anak-anak menyediakan peralatan persekolahan(bagi anak-anak kecil). Kehidupan pada pagi itu diteruskan dengan rutin harian di rumah ataupun keluar bekerja bagi ibu yang bekerja.
Begitu juga dengan tanggungjawab yang digalas oleh seorang pelajar seperti saya. Tugasnya cukup mudah, iaitu belajar BUKANNYA bekerja mencari duit. Namun dalam erti kata ‘mudah’, ia tidaklah semudah yang disangka. Setiap hari perlu bangun pagi dan melakukan rutin harian. Kemudian menyiapkan diri untuk pergi ke kuliah ataupun tutorial. Kemudian, pulang ditengah hari untuk makan tengahari dan sambung kuliah (bagi yang ada kuliah). Kuliah dan tutorial tidak seperti waktu belajar di sekolah. Kadang-kadang ia bermula pada awal pagi dan ada juga sampai malam. namun begitulah panorama yang indah di alam unversiti, dan bagi sesiapa sahaja yang melaluinya. percayalah!

bagaimana untuk berjaya?

Setiap orang bercita-cita untuk berjaya. Bermula dari usia kecil lagi, kita ditanya cita-cita setelah menjadi dewasa kelak. Tentu sahaja saya sendiri tidak dapat melupakan pengalaman sewaktu dutanya berkenaan cita-cita. Malah saya tidak berkeyakinan untuk meluahkan cita-cita pada usia 6 tahun. Apa cita-cita kamu? Saya menoleh kawan-kawan yang leka bermain di sekeliling.. jawapan yang terpacul, hanyalah doktor, ataupun cikgu! walaupun pada masa itu saya mempunyai cita-cita yang hebat, iaitu menjadi manusia hebat seperti superman dan superboy(pengaruh kartun serta imaginasi).
Sekarang, fikirkan diri kamu pada waktu kecil. Apakah cita-cita suci kamu?Cuba fikirkan saat kamu ditanya oleh kawan ibu kamu atau ibu kamu sendiri? Apa pula cita-cita kamu pada masa kecil? doktor, engineer, cikgu, polis, pegawai, dan sebagainya? Bandingkan cita-cita kamu sekarang. apabila melalui kehidupan sekarang, barulah saya mula berfikir. Sebenarnya saya sekarang adalah sebagaimana yang saya kehendaki sewaktu kecil dulu. Waktu kecil, saya takut untuk menceritakan cita-cita kerana takut diketawakan oleh kawan-kawan!hahaha...

Contohnya, sewaktu darjah 6, saya telah pun menduduki pepriksaan. Guru besar masuk ke kelas saya sewaktu beliau melewati kelas kami. Seperti biasa, kelas yang hingar-bingar menjadi senyap dengan kehadiran beliau. Beliau bertanya tentang guru yang mengajar, tapi kami tidak tahu. Lagipun peperiksaan sudah habis. Kami datang ke sekolah pun kerana untuk melakukan aktiviti biasa, bermain dan berbual-bula dalam kelas! Akhirnya beliau naik ke pejabatnya dan kembali dengan kertas bersaiz A6 dan mengagihkan kepada kami. Di dalamnya tertulis sebuah karangan yang bisa difahami oleh murid seusia saya. Beliau memberikan satu cerita berkenaan perjalanan hidup seorang insan yang berjaya melanjutkan ke menara gading. Beliau memberikan karangan 150 patah perkataan itu kepada setiap murid-murid. Kisah itu cukup pendek, ringkas, dan menceritakan bagaimana seorang seorang pelajar itu berjaya semasa di sekolah rendah, kemudian ke sekolah menengah, menyambung pendidikan ke tingkatan enam dan akhirnya melanjutkan pelajaran ke universiti.
Beliau menerangkan bahawa apa yang ditulis itu mirip perjalanan hidupnya sewaktu menjadi murid seperti kami. Ditambah pula dengan gaya beliau bercerita, kami tergelak ketawa sahaja. Saya menatap kertas kecil yang sebesar tapak tangan, dan membayangkan diri saya berada di tempat itu. Saya bayangkan diri kerdil ini berjaya di sekolah rendah, melewati ke sekolah menengah dan melanjutkan pelajaran ke universiti. alangkah bahagianya!
Cerita demi cerita kejayaan yang beliau sampaikan sampai kami tidak sedar yang semangat untuk masuk universiti bertambah berkobar-kobar!
Sewaktu beliau bercerita, beliau sering mengingatkan kami tentang kejayaan. Bagaimana kamu boleh berjaya?Kami diam sahaja. Beliau menambah, kalau mau berjaya, hendaklah mempunyai hati yang tekal dan semangat ke arah kejayaan serta bersedia untuk menghadapi pengalaman untuk berjaya. Orang yang berjaya bukanlah orang yang biasa-biasa, tapi merupakan orang yang selalu ditimpa perlbagai dugaan dan cabaran dalam hidup, kemudian mereka menjadikan kehidupan yang sukar dan penuh dugaan itu sebagai pengalaman untuk dijadikan pedoman untuk diri! Saya cukup tertarik dengan beliau kerana beliau telah memberi satu inspirasi yang mengubah diri saya sekarang.
Bayangkan sebelum itu saya tidak tahu ke mana jalan yang harus saya pilih untuk berjaya. Selepas mendengar ucapan yang penuh motivasi dan semangat itu, saya cuba untuk berubah seiring yang disampaikan oleh beliau. hal ini telah berlalu 10 tahun lepas. Kata-kata beliau masih saya ingati, tapi karangan sebesar tapak tangan itu telah pun hilang walaupun berkali-kali saya mencarinya. Terima kasih kepada guru besar saya kerana memberi semangat dan motivasi kepada kelas saya.
Secara jujurnya, saya berterima kasih kepada guru besar. Pertama, beliau masuk kelas kami pada waktu ketiadaan guru dan berjaya mengawal keadan pelajar. Katanya juga, kami akan mengganggu adik-adik darjah 5 ( yang berada berdekatan dengan kelas kami) belajar. Beliau meminta kami diam dan berbual-bual dengan kami.
Kedua, beliau memberikan satu motivasi secara tidak langsung. sebagai murid yang senior, sepatutnya menunjukkan nilai dan contoh yang baik kepada adik-adik. Di samping itu, beliau juga memberi motivasi untuk menaikkan semangat belajar setiap murid. Penyampaiannya yang bersahaja dengan diselangi dengan lawak selamba menarik perhatian kami, dan berjaya mencuri perhatian murid-murid. Secara tidak langsung, nilai humor memang penting dan mampu mengubah suasana persekitaran yang ceria.
Ketiga, nada dan intonasi yang digunakan semasa bercerita cukup mengkagumkan kami. muka guru besar langsung tidak serius, malah bagaikan seorang ketua komander yang memahami masalah yang dihadapi oleh anggota bawahnya. Kalaulah beliau bercakap, semua pelajar diam kerana beliau akan mengejutkan kami dengan lawak yang tidak disangka-sangka!
Keempat, beliau meronda setiap kelas di sekolah untuk memastikan kelas berada dalam keadaan terkawal dan menpunyai guru. Sikap beliau yang bersahaja serta tenang mempamerkan ketenangan yang akan kami peroleh. Beliau cukup faham dengan kerenah murid-murid seperti kami kerana kami masih budak kecil. Untuk dimarahi kerana bising bukanlah sebab yang munasabah. Pendekatan yang digunaka untuk mendiamkan pelajar terpulang kepada kebijaksanaan guru. Saya memuji cara BELIAU! Kalau ada survey, saya akan bagi A++ kat beliau..

Thursday, March 12, 2009

my life

Ini hari ketiga aku tak tidur, stay up dengan kawanku untuk menyiapkan tugasan yang perlu dihantar pada minggu ini. Projek mega iaitu peta konsep ini memerlukan kerja kumpulan dan diwajibkan memilih satu daripada sukatan sekolah menengah iaitu biologi. Matapelajaran favourite aku ini menjadi betambah menarik kerana aku memilih biologi sebagai kursus major aku, manakala seorang kawan sekumpulanku mengambil biologi sebagai minor, dan 2 orang lagi langsung tidak ada kaitan dengan biologi. Aneh sungguh! Bila ditanya mengapa ambil kursus ni, katanya sebab mereka pernah ambil masa belajar di sekolah menengah dahulu... hahaha! Dijawab dengan banganya. Bila dikorek rahsianya, barulah aku tahu bahawa dia terpaksa ambil m/p ni. Aku mengeluh, katakan yang subjek ni susah!Boleh fail korang ni sebab pakai ambil je.. Tapi diorang buat selamba je.. Macam xde apa-apa. Hm, lantak la.. Janji kerja siap dan boleh jawab exam dengan tenang.
Kembali kepada peta konsep ni, aku dan kawanku,F sedang bertungkus lumus membuatnya. Entah aura apa yang muncul, sampai dia sanggup datang melawatku tanpa membawa buah tangan. (sebenarnya semua peralatan ada dalam bilik aku).
Kumpulan kami hanya berempat. Sedikit sahaja jika nak dibandingkan dengan kumpulan lain seramai 6 orang, jadi penugasan kerja boleh diagih sama rata dan sistematik. Kami pula, mendapat kumpulan yang cukup istimewa di mana kami mendapat ahli yang pandai menguruskan masa. hehehe..
Namun, disebabkan kesuntukan masa dan sibuk dengan aktiviti hujung minggu serta aktiviti luaran, maka kerja ni tertangguh seketika sehinggalah ke hari ini. Akhirnya, atas kesedaran yang ada ini maka kawan-kawanku mula merungut sebab projek tak mula lagi. akhirnya dimulakan dan telah pun hampir siap. semua perbelanjaan telah ditanggung oleh aku, namun aku bukannya seorang kaya-wan. Atas dasar prihatin dan komitmen, aku nak mintak balik kos perbelanjaan yang telah digunakan tadi. Banyak juga tu, nak keluarkan duit untuk beli barang-barang dan peralatannya. Nasib baik la kawanku ni memberi reaksi positif terhadap idea aku ni. Mereka macam paham-paham je aku ni dan mula kekurangan duit pada ujung bulan ni. Terima kasih banyak-banyak ya!
Setelah mencurahkan idea dan peluh ke atas kertas kerja itu, maka usaha penat lelah selama 5 jam akhirnya membuahkan hasil. Hanya kami berdua aje yang tinggal. Seorang lagi belum muncul lagi, rasanya dia dah tidur tadi kot! Akhirnya, bahagian kami sudah siap. Tunggu nak tampal dan balut dengan plastik pembalut je.. Penat buat benda ni.
harapnya, pensyarah yang menilainya tidak akan mengecewakan kami kerana kami telah buat yang terbaik. Belum ada lagi kumpulan lain yang buat 3 dimensi. Kami aje yang buat!Jadi besarlah harapan saya agar diberi markah yang tinggi, setimpal dengan kreativiti yang ditunjukkan oleh diriku ini.