Peta minda ialah gambar rajah yang mempersembahkan sesuatu idea, perkataan, hal-hal yang berkaitan dan bersambung serta diwakili oleh kata kunci yang penting sahaja. Peta minda telah dicipta pada 1960-an oleh Tony Buzan sebagai kaedah untuk membantu pelajar mencatat maklumat. Kini penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran mengorganisasi maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur. Kaedah peta minda ini menggunakan kedua-dua belah otak dan dengan cara ini, dapat meningkatkan lagi produktiviti dan ingatan memori. Ia merupakan teknik visual yang memperkembangkan dan menghubungkaitkan satu idea dengan satu idea yang lain. Peta minda bukan sahaja digunakan untuk digunakan dalam bidang pembelajaran, malah turut digunakan dalam bidang korporat sebagai strategi perniagaan.
Peta minda mempunyai banyak kelebihan dan kegunaannya. Biasanya ia digunakan untuk menulis nota yang disampaikan secara lisan dan terlalu panjang. Pelajar tidak perlu untuk menggunakan kaedah menghafal kerana kesukaran mengingati semua perkara dalam masa yang singkat. Sebaliknya, dalam kaedah peta minda, hanya maklumat penting sahaja dicatat. Tujuannya ialah untuk menjimatkan masa. Selain itu, peta minda juga digunakan untuk pemerolehan maklumat yang sedia ada. Untuk memudahkan pemahaman, seseorang individu perlu menyenaraikan kata kunci sahaja. Selain itu juga, peta minda mampu menyelesaikan masalah secara tersusun. Setiap idea dikembangkan dan diwakili dengan kata kunci yang sesuai. Sesuatu idea tidak perlu dipersembahkan dalam bentuk karangan, memadai dicatatkan dengan perkataan yang penting sahaja. Penggunan peta minda mampu menjimatkan masa kerana perlu menekankan perkara yang penting sahaja.
Peta minda membantu seseorang memahami idea dengan jelas. Berbanding menggunakan kaedah menulis karangan, ia perlu dibaca keseluruhan isi kandungan sebelum diringkaskan dalam bentuk yang mudah. Juga, peta minda boleh digunakan untuk meningkatkan kreativiti seseorang. Untuk menghasilkan peta minda yang baik, peralatan seperti pensel warna memainkan peranan yang penting kerana membantu mengingati maklumat dengan lebih mudah.warna-warna yang digunakan mampu menarik perhatian dan sekaligus membantu pelajar untuk mengingati maklumat dengan cepat dan berkesan.
No comments:
Post a Comment